Tuesday, 13 November 2012




Di sana ada irama
Siulan cengkerik, deruan samudera
Menemani hati yang masih mencari
Dalam gelap meraba
Bersuluhkan sinaran rembulan
Sudah kucuba pautkan jiwa padaNya
Menggagahkan diri menafikan rasa
Adakala aku berdiri persis laksamana
Adapun tiba masa jasad rebah, hilang maya
Cuba lagi, aku terus berpaut
Cuma kali ini berbeza, pautanku lebih kemas
Tidak, aku berpaut seperti biasa,
Yang terbeza, tangan-tangan yang menghulur
Tali tali ukhuwah yang datang menyapa
Singgah bukan sekadar bersua
Tapi singgah untuk merubah
Kali ini bukan aku, tapi kami berpaut
Jatuh bangun bersama dan terus mencuba
Hati-hati ini masih mencari
Cuma yang menyinar sang suria
Di sini ada irama, indah
Kami berjanji melaung suara
Pimpin tangan bersama
Pautkan jiwa padaNya

Dari Abu Musa r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang mukmin terhadap yang lain adalah seperti satu bangunan di mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain,” Dan beliau menjalinkan antara jari-jemarinya.”

(Muttafaqun ‘Alaih)

Friday, 19 October 2012

THEM PART 2

Malaysian Student In Indonesia 2012/2013

Ikwah yang ku hormati, moga tetap teruskan perjuangan hingga ke liang lahad!











Edit by: Saff Yusoff

THEM PART 1

Malaysian Student in Indonesia  2012/2013

Akhwat yang kusayangi kerana Allah. Moga sahabat2 semua teguh iman dalam berjuang!


Edit by: Saff Yusoff



Nawaitu.

Salam perantauan buat sahabat-sahabat semua =)
Rindu makin membuak2 teringat akan tanah air, Malaysia yang kucintai! Hehe.
Dah lama x update blog,  ibarat ape yaaa..??

Ok, let me start.
28-08-2012, SELASA
 kitorang berangkat ke sini (Indonesia)

Pengalaman menbuatkan kita lebih matang dalam menghadapi situasi dan cabaran liku-liku kehidupan.
Bak kate pepatah, EXPERIENCE IS NOT TO GET FROM ONLY ONE PLACE!

Thats why, nabi pun berhijrah, maka kita sebagai umatnya, cubalah berhijrah. Faham seniri ye!
Niat yang penting, apa tujuan kita berhijrah? 

Dalam hadis yang berbunyi:
  
Daripada Umar R.A katanya,Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"sesungguhnya sesuatu perkara itu bergantung kepada niat,bagi seseorang apa yang diniatknnya. Jika hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan RasulNya.Jika hijrahnya adalah kerana duniawi, atau kerana wanita yg ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang diinginkan."


Maka barangsiapa yang salah niatnya, jom kita perbaharui =)

Kita akan dapat berdasarkan apa yang kita niatkan, kalau kita niat kerana Allah dan Rasul maka segala yang kita kerjakan itu pasti kita akan diberkati. Kalau kita niat kerana dunia semata-mata hanya dunia ini jelah yang kita peroleh! Peace ^_^ (pandai2 lah fikir, kita dah makin tua, bukan makin muda)

Niat baik + perbuatan baik = ganjaran berganda!

*Nawaitu itu penting.




Wednesday, 20 June 2012



Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That precious messed up false me and you

Wednesday, 6 June 2012

Dan, kerana Allah, bersabarlah.


Dan, kerana Allah, bersabarlah.
Walaupun itu sangat melukai hatimu,
dan kerana Allah,
bersabarlah…

walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah,
dan kerana Allah,
bersabarlah…

bila ada hal membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
namun kerana percaya pada Allah, maka bersabarlah.
.dan kerana yakin pada Allah,
maka bersabarlah…
dan kerana Allah, maka bersabarlah..

tiada ketentuan yang sia-sia.tiada ujian yang melebihi kemampuan.
tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA.
tiada air mata yang kering tanpa diketahui-NYA.
Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,
Maka pujuk hatimu dengan kalimah,
,dan kerana Allah,
bersabarlah…

Thursday, 24 May 2012

BATAS BERGURAU SENDA ~


Dari : Riwayat Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !"

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Wallahualam.

Wednesday, 16 May 2012

Manusia Merancang, Allah yang Menentukan.


Wa Makaru Wamakarallah , Wallahu Khoirul Makirin
Allah merancang kita juga merancang, sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t  :")

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216)

Perancangan Allah mengatasi perancangan manusia. Kalamullah Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun) kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (AT-Takwir : 29)

Manusia mampu merancang perjalanan kehidupan mereka. Setiap perancangan disusuli dengan usaha dan harapan untuk mencapai matlamat tersebut. Manusia hanya mampu merancang dan Allah s.w.t. sahaja yang berhak menentukan segala perkara yang menjadi ketentuan-Nya. 

Sebagai orang yang beriman, kita hendaklah menaruh sangkaan baik kepada Allah s.w.t. kerana Dialah Tuhan yang Maha Mencipta dan Maha Mengetahui segala yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sudah tentu ada hikmah yang tidak diketahui oleh manusia di sebalik setiap kejadian. Setelah mendapat hasil daripada usaha yang dirancangkan, kita tidak seharusnya mendabik dada, malah kita hendaklah sentiasa meningkatkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t. Begitu juga sebaliknya jika tidak mencapai sasaran perancangan, usahlah bersikap putus asa dan kecewa. Semuanya adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. untuk menguji hamba-Nya. 

Akhir kalam---->  Kehendak dan kuasa manusia adalah anugerah Allah s.w.t. Namun begitu, bukan semua kehendak dan kemahuan manusia boleh dicapai walaupun melalui perancangan rapi. Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Berkuasa atas tiap-tiap perancangan manusia.

Ujian Itu, Kerana Allah Sayang :')

Setiap manusia pasti akan menghadapi liku-liku putaran hidup. Adakalanya kita berada megah di atas dan ada kalanya kita berduka di bawah. Kedua-duanya adalah ujian bagi kita sebagai hamba Allah, dan bagaimana kita menghadapi ujian itu.

Allah berfirman bermaksud:
Dialah yang sudah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat. 
(Surah al-Mulk, ayat 2)

Ujian daripada Allah meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka. Malah, ujian bagi hamba-Nya yang taat lebih hebat berbanding dengan mereka yang ingkar.

Rasulullah SAW pernah ditanya:
Ya Rasulullah, siapakah paling keras mendapatkan ujian? Baginda menjawab: Nabi dan pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat, maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah, maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan.
 (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Justeru, segala ujian daripada Allah harus ditempuh dengan penuh kesabaran supaya ia dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya.

Firman Allah bermaksud:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 157)

Mengapa kita mudah lemah? Sedang kita punya Allah. Apa jua keadaan, kita perlu untuk tetap menghadapinya. Perlu tabah, perlu sabar, perlu kuat. Maaf, post untuk kali ini masih berkisar akan kisahnya kita menghadapi dugaan. Dugaan itu kan sudah menjadi "makanan asasi" kita dalam menjalani kehidupan di bumi ini. Allah itu tak henti-henti menghantar tarbiyahNya. Allah hantarkan orang-orang yang mempunyai masalah yang lebih sukar dari masalah kita. See? Allah mahu ajar kita akan erti syukur. Allah sangat baik. Kan? Allah tak pernah tinggal kita. Akan ada saja peringatan dariNya. Tahu tak itu tandanya Allah sayang kita?

Hidup kita letaknya ditangan Allah. Jadi setiap takdir yang tersingkap itu sememangnya adalah yang terbaik buat kita. Allah kirimkan sahabat-sahabat ana yang mempunyai masalah yang lebih sukar dari ana. Masalah hati. Hati ini kecil kan? Tapi sangat besar amanah dan tanggungjawab untuk menjaganya. Kalau hati rosak, maka rosaklah semuanya. Takut, bimbang andai hati diuji. Sedih atau berduka kita tetap kena ucapkan alhamdulillah sebab Allah masih beri peluang hidup untuk ciptakan kegembiraan lain. :')

Jaga hati, jaga iman, jaga hubungan dengan Allah. Moga Allah redha. InsyaAllah. :')

CeritaHati : Hargai insan-insan yang Allah hadirkan dalam hidup kita. Walaupun hadirnya mereka seketika, namun ada cerita dan tarbiyah yang Allah nak kita singkapi. Sayang semua kerana Allah :')




Wednesday, 9 May 2012

QUM FAANZIR YA SHABAB !

Assalamualaikum.
Just wanna share the hot topic in social networking.
Dari pandangan mata kaca saya, ramai asyik 'bercerita' bout cintan-cintun.
Yes! Surely, saya muak mendengarnya. Asyik2 cinta.. Saya sayang awak, i love u..
Ohh, fahamilah wahai pemuda2. Kita adalah generasi pemangkin masa hadapan. Jangan biarkan negara kita diporak peranda oleh kaum asing. Qum Faanzir ya Shabab! Dimana kamu semua pemuda? Masih lena? Atau mungkin masih bahang dengan hangatnya cinta asmara??

Saya sangat sedih bila melihat orang Islam masih lena dibuai mimpi. Mana janji kamu sebagai orang Islam? Adakah hanya di mulut dan juga kad pengenalan?? MasyaAllah..

Buat renungan sejenak, mari kita muhasabah diri kembali.

pemuda perlu jelas matlamat.
pemuda yang berani ialah pemuda yang yakin pada Allah SWT.
pemuda yang berani ialah pemuda tidak takut kepada makhluk dan hanya takut pada keKuasaan Allah SWT.
pemuda yang berani ialah pemuda yang sayang Rasulullah SAW iaitu meneruskan mata rantai perjuangan da'wah Islam
pemuda yang berani ialah pemuda yang yakin dan beramal dengan alQuran dan Sunah
pemuda yang berani ialah pemuda yang berilmu dan faham konsep hak kebebasan.
pemuda yang berani ialah pemuda yang tidak memberi alasan dalam menegakkan kebenaran dan syariat Allah SWT.
pemuda yang berani ialah pemuda yang buat dan menyuruh kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran
pemuda yang berani ialah pemuda yang meninggalkan segala larangan Allah dan membuat segala apa yang disuruh oleh Allah SWT,
jadi, matlamat pemuda yang berani ialah untuk mendapat keredhaan dan ketaqwaan pada Allah SWT.

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka. (18:13)

Ayuh pemuda!
Tinggalkan mazmumah-mazmumah membelenggu dirimu
Buang segala karat-karat jahiliyyah
Bangunkan semula jiwa pahlawanmu
Sejahterakan hati-hatimu
Usir segala kemahuan duniamu
Bangkit bersamaku mara ke medan perjuangan
Usah gusar onak duri dan ranjau
Mara dan terus mara
Tanpa menoleh kebelakang walau sedikit sekalipun!
Allahuakbar!

Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai. (3:126)





Saturday, 5 May 2012

KU INGIN CINTA YANG HAKIKI..


Aku tidak marah....
Aku tidak cemburu...
kerana kamu bukan hakku...
Kadang-kadang ini kelemahanku sebagai manusia biasa....
Sungguh senang untuk jatuh cinta...
Dan memang tidak dinafikan disaat ini ada sedikit cinta dihatiku untukmu....
Aku teringin kau mengetahui apa yang ada dalam hatiku saat ini...

Tapi biarlah Dia yang lebih mengetahui apa yang wujud didalam hati ketika saat ini sedangkan Dia yang menjadikan hati dan Dia juga yang mewujudkan perasaan itu..
Tapi sekali lagi, kau milik ALLAH, bukan milikku....
Jadi biarkan cinta ini kupendam di dalam hatiku....
Dan cukuplah aku mencintaimu dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan...
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah...
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan...

Ya Allah,
Tak Perlu biarkan hatiku tertambat pada cinta yang belum tentu menjadi milikku...
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta palsu...
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu...
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harap..
Ya Allah, leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku..
kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...
Hanya CinTaMu ya ALLAH yang kuharap, karena cinta pada-Mu smpai ke syurga..

sincere from me to 'insan',
maafkan daku andai pernah buatmu tersesat.
dan aku akan berubah mencari cinta ALLAH dan RASUL.

ISLAM ITU SYUMUL ~



Kerana orang Islam ada ALLAH.
Kerana orang Islam kita percaya pada ALLAH.
Kerana orang Islam hanya bergantung harap pada ALLAH.
Dan kerana orang Islam sentiasa yakin pada ALLAH.
                             
  dan,

bila hati ada ALLAH,
yakin, percaya dan bergantung kepada DIA,
YANG MEMILIKI dan MENENTUKAN
segala-galanya,
bagaimana mungkin,
hati orang Islam begitu rapuh dan lemah?


KERANA ALLAH AKU HIDUP DI DUNIA...




kenapa Allah ciptakan kita dan dihantar ke dunia?
dan kita kena hidup dan diuji di dunia ?
mengapa Allah tidak hantar kita terus ke syurga?

kalau lahir-lahir kita terus masuk syurga,
maka kita akan terbiasa senang,
maka kita tak akan rasa betapa NIKMAT nya syurga itu.
kita tak akan rasa pergantungan dengan Allah.
kita tak akan rasa untuk berharap pada Allah.

sebab apa?
sebab bila dah masuk syurga senang-senang,
kita akan sentiasa rasa senang,
kita tak akan tahu bersyukur.

sebab itu,
Allah hantar kita ke dunia, dan diuji dengan macam-macam perkara,
supaya kita belajar rasa bergantung dan berharap pada Allah,
supaya kita belajar rasa bersyukur,
supaya di akhirat kelak,
setelah kita belajar rasa derita dan kesusahan di dunia ini,
kita akan rasa betapa nikmatnya bahagia di sana..

Friday, 4 May 2012

ALLAH SAYANG KITA.



Allah sayangkan hambaNYA,
Allah kasihkan khalifahNYA,
Allah sayangkan kita..
Sebab itu kita diberi ujian,
Kerana itu kita diberikan dugaan
Oleh sebab itu juga kita dibebani masalah.

 Tapi, pernahkah kita terfikir?
Kasih SayangNYA?
Tentang NikmatNYA?
Hakikat RahmatNYA?
RezekiNYA?

 Tidak terkira banyaknya
DIA beri kita UJIAN,
Kita menangis
DIA beri kita digunakan,
Kita mengeluh
DIA beri kita MASALAH,
Kita marah..

 Pernahkah kita merungut bila lelah?
Pernahkah kita merengek tika sakit?
Pernahkah kita marah tika masalah menimpa?

 Tapi kan
Pernahkah kita syukur bila ALLAH beri kecukupan?
Pernahkah kita sujud dengan sepenuh hati untuk solat?
Qiammulail pasti jauh sekali
Pernahkah kita lakukan rukun Islam sepenuhnya dengan bersungguh?
Sudahkah kita penuhi rukun Iman untuk menjadi hambaNYA yang soleh?

 Cukupkah kita hanya bernama Muslim?
Jika tidak menyempurnakan kedua-dua rukun itu?
Sempurnakah kita andai ciri-ciri sebenar Muslim itu tidak ada dalam diri?
Adakah kita nilai semula betapa banyak nikmatNYA yang telah kita kecapi,
Tanpa "SYUKUR?"

 Namun...
Kita tetap "TAMAK" untuk mendapatkan yang lain dan..
Dakwa ALLAH Tidak Sayangkan kita
dan Tidak beri apa yang diminta
Apakah kita terfikir?

 Ya ALLAH,
Ampuni kami
Atas khilaf kami
Sedang kami insan yang lemah

 Kini.. kami sedar,

"ALLAH SAYANGKAN KITA"

Mulai saat ini, jadilah muslim yang baik!.. insyaAllah.



Thursday, 3 May 2012

TERSENYUMLAH WAHAI HATI YANG SEDIH !


Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

LOVE LETTER FOR UKHTI ...



Ini adalah sepucuk surat buat segenap ukhti yang beriman kepada Allah dan hari akhir. Buat segenap wanita… baik sebagai ummi, ukhti, isteri maupun binti…yang oleh Allah Ta’ala  telah diberi amanah memelihara tanggung jawabnya masing-masing… niscaya di hari kiamat kelak akan menanyakan apa yang menjadi tangggung jawab anti semua.

Buat segenap remaja putri yang mengimani Allah… buat siapa saja yang hari ini menjadi ukhti… kemudian esok bakal menjadi isteri dan selanjutnya menjadi ummi.

Wahai wanita yang mengimani Allah sebagai Rabb-nya, Islam sebagai dien-nya dan Muhammad sebagai nabi serta rasulnya. Mudah-mudahan engkau pernah membaca seruan nan luhur dari Allah: “Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melembut-lembutkan suara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik. Dan hendaklah kamu tetap berada di dalam rumahamu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya… (Al Ahzab: 32-33)

Itulah seruan Allah kepada siapa saja yang memahami firman-Nya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan wanita yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dalam kesesatan yang nyata. (Al Ahzab: 36)

Wahai ukhti… bacalah dan jangan terperdaya. Engkau hidup di zaman dimana kehinaan telah menguasai keutamaan. Karena itu berhati-hatilah.

Wahai ukhti… janganlah engkau terperdaya oleh para dajjal, yang menyerukan tabarruj dan buka-bukaan. Mereka adalah musuh-musuhmu wahai putri Islam-khususnya- dan musuh para kaum muslimin pada umumnya.

Wahai ukhti… sebenarnya Allah telah menurunkan ayat-ayatNya yang telah jelas, supaya dengan melaksanakan tuntunan-tuntunan syari’at yang ada di dalamnya, engkau menjadi terpelihara dan tersucikan dari kotoran-kotoran jahiliyah yang hari ini, musuh-musuh Islam, para penyeru kebebasan, berusaha keras untuk sekali lagi mengembalikan kaum wanita ke abad jahiliyah dengan bersembunyidi bawah cover Peradaban, Modernisasi dan Kebebasan.

Namun sebenarnya orang-orang gila itu lupa dan tidak pernah memperhatikan bahwa wanita muslimah tidak mungkin akan dapat menerima pembebasan dirinya lepas dari pengabdiannya kepada rabb-Nya untuk kemudian jatuh menjadi mangsa bagi budak-budak tentara iblis.

Wahai putri Islam…para penyeru tabarruj dan buka-bukaan amat berambisi untuk melepaskan hijabmu, mereka berlumba-lumba ingin mengeluarkanmu dari rumah-rumahmu.

Sayang seribu kali sayang, ternyata banyak wanita yang telah keluar rumah dengan pakaian yang menampakan ketelanjangannya (berpakaian tapi telanjang). Mereka berjalan berlenggak-lenggok, sanggul kepalanya seperti punuk unta, menggugah kelelakian kaum lelaki dan membangkitkan letupan-letupan nafsu seksual yang mestinya terpendam.

Wahai putri fitrah… janganlah engkau tertipu dengan semboyan peradaban yang sebenarnya hanya akan menjajakan wanita sebagai barang dagangan yang ditawarkan kepada siapa saja yang menghendakinya. Jangan pula engkau tertipu dengan tipu daya yang tak tahu malu. Allah berfirman: “Dan jika kamu mengikuti kebanyakan manusia yang ada di muka bumi niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah, tidaklah mereka mengikuti melainkan hanya persangkaan belaka dan tidaklah mereka melainkan hanya berdusta. (Al An’am: 116)

Pada busana sebatas lutut engkau bergegas? Demi Allah, sungai manakah yang kan engkau seberangi ?

Seolah pakaian masih panjang di pagi hari

Namun kian tersingsing saat demi saat

Engkau sangka kamu laki-laki itu tanpa rasa ?

Sebab engkau mungkin tak lagi punya rasa ?

Tidak malukah engkau terhadap pandangan-pandangan mata itu ?

Aduhai ukhti… ! bacalah dan jangan terperdaya! Malukah engkau untuk bertaqwa dan berbusana iman ? Sementara engkau tiada malu untuk bertabarruj dan buka-bukaan ?

Wahai ukhti…, adakah akan merugikanmu penghinaan kaum juhala (orang-orang yang bodoh) itu selama kita berada di atas al haq sedang mereka di atas al bathil ?

Tidakkah engkau dengar firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang dahulunya di dunia menertawakan orang-orang yang beriman. Dan bila orang-orang yang beriman lewat di hadapan mereka mereka saling mengedip-edipkan matanya. Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali dengan gembira. Dan jika mereka melihat orang-orang mukmin mereka berkata: ‘Sungguh mereka itu benar-benar orang yang sesat’, padahal orang-orang yang berdosa itu tiada dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mukmin. Maka pada hari ini, orang–orang yang beriman menertawakan orang-orang kafir, mereka duduk di atas dipan-dipan sambil memandang. Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Al Muthafifin: 29-36)

Wahai ukhti… siapa yang kelak tertawa di akhirat niscaya dia akan banyak tertawa.

Atau engkau pernah berfikir bahwa hijabmu itu akan menghalanginya untuk mendapatkan seorang suami?

Hai ukhti… Demi Allah! Pikiran itu hanyalah waswasah (bisikan) syaitan.

Tidakkah engaku tahu bahwa Allah telah menetapkan bagi wanita pasangannya masing-masing? Maka karena itu dengarkan firman-Nya: “Perempuan-perempuan buruk (jahat) untuk pasangan laki-laki yang buruk (jahat). Laki-laki yang buruk untuk pasangan perempuan-perempuan yang buruk pula. Dan perempuan-perempuan yang baik untuk pasangan laki-laki yang baik untuk pasangan perempuan-prempauan yang baik.” (An Nur: 26)

Oleh sebab itu mestinya engkau jangan ridha kecuali jika menjadi pedamping seorang suami yang baik, yang berpegang teguh pada ajaran diennya dan selalu merasa diawasi oleh Rabbnya.

Suami seperti inilah yang engkau bakal merasa aman bagi jaminan hidup masa depanmu. Lihatlah! Di sana banyak sekali putri-putri sebangsamu yang terjebak dalam tipu daya kehidupan Romantisme dan Cinta menyesatkan. Ternayata banyak di antara mereka kemudian gagal dalam menempuh jalan hidupnya…. Begitu tragis.

Allah berfirman: “…barang siapa yang bertqwa kepada Allah niscya Allah butakan baginya jalan keluar dan niscaya Dia akan memberinya rizki dari jalan (arah) yang tiada disangka-sangkanya.” (At Thalaq: 2-3)

Tapi bagaimanakah engkau sanggup berbusana seperti ini di tengah musim panas dan teriknya sengatan matahari ?

Wahai putri fitrah… sesungguhnya di dalam iman terdapat rasa manis bagi jiwadan rasa tenteram bagi dada. Kalau engkau tahu bahwa neraka jahannam itu lebih panas niscaya segala rasa panas dunia akan, menjadi ringan bagimu.

Ketahuilah, sungguh seringan-ringannya orang yang disiksa di neraka pada hari kiamat aialah seseorang yang di bawah telapak kakinya diletakkan sepotong ‘bara’ dari api neraka, tetapi dari sepotong bara di bawah kakinya itu kan mendidih otaknya…

Waspadalah akan godaan-godaan syaitan. Dengan demikain apakah gerangan yang menyebabkanmu berpaling dari seruan Allah? Dunia dan perhiasannyakah …?

Bacalah firman-Nya: “Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permaianan, perhiasan dan bermegah-megahan anatar kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan yang tanam-tanamannya itu mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya menjadi kuning kemudian manjadi hancur. Dan akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunaan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenagan yang menipu.” (Al Hadid: 20)

Atau adakah engaku kini sedang bergembira ria dengan para pemuda dan dengan dunia kecantikan, seraya engaku katakana: “Nantilah saya akan berhijab kalau umurku sudah tua” ?

Ketahuilah –semoga Allah menunjuki kita semua- bahwa apa yang engku gembirakan itu adalah nikmat Allah sebab; “Apa-apa yang ada padamu dari suatu nikmat maka ia adalah datangnya dari Allah.” (an Nahl: 53)

Mestinya engkau wajib bersyukur kepada Allah dengan cara mentaati-Nya.

betapa banyak remaja yang hari-harimnya penuh tawa…

padahal kain-kain kafan telah siap untuknya

sedang ia tak mengira betapa banyak temanten putri dihias untuk sang suami tiba-tiba nyawa melayang di malam taqdir

Wahai ukhti… kembalilah segera kepada nilai-nilai dan prinsip Islam, niscaya harga diri dan kehormatanmu akan terjaga di hadapan siapa saja. Angkatlah kemuliaanmu wahai ukhti dengan cara menutup aurat dan berhijab. Semoga Allah memberi taufik kepada kita semua untuk melakukan apa yang dicintai dan diridahi-Nya. Akhirnya akau memohon pada Allah agar Ia menjadikan amalan kita ikhlas karena wajah-Nya. (Syeikh Faris Al Jabushi)

Tuesday, 1 May 2012

Kun Fayakun...



Hati tertanya-tanya,
Mulut membisu tanpa kata,
Diam mengisi diri..

Ilham pergi..
Mulut terkunci..
Jiwa mati..
Hati hilang..
Kosong..

Dalam syahdu rahmat Nya datang,
Penuh sempurna kasihNya menyapa,
Tika hati kosong salamNya menyembuh..
ZikirNya terapi hati..
SujudNya penenang jiwa,
Dalam kelam beroleh cahaya,
Moga keimanan temui kejayaan..
Moga hati istiqamah dalam iman..

Walau diri sering mengabaikan kasihNya,
Walau hati tidak tulus dan setiap dalam waktu sujud kepada Pencipta..
Ditemani gangguan nafsu,
Dikelirukan dengan perkara lagha,
Namun, sinarNya tetap menyembuhkan hati
KasihNya tetap menyuburkan jiwa,
RedhaNya tetap menyuluh jalan keimanan,
Moga hati terus bersyukur.

Ya Allah, ampuni dosaku,
Ampunkan silap dan kelalaianku,
Kurniakanlah aku maghfirahMu,
Kurniakanlah aku keimanan teguh agar dapat menjadi khalifah berjasa dibumiMu,
Jadikanlah aku insan yang bermanfaat,
Dan menyeru amal makruf nahi mungkar,
Amin..

"Kunfayakun, jika ALLAH menghendaki sesuatu hanya berfirman: 'Jadilah' maka jadilah ia."
(Surah Yaasin: hujung ayat 82)





Monday, 30 April 2012

Bersabarlah Wahai Hati.


Dan, kerana Allah, bersabarlah.

Walaupun itu sangat melukai hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…

walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah,
dan kerana Allah, bersabarlah…

bila ada hal membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
namun kerana percaya pada Allah, maka bersabarlah..
dan kerana yakin pada Allah, maka bersabarlah…

dan kerana Allah, maka bersabarlah..

tiada ketentuan yang sia-sia.
tiada ujian yang melebihi kemampuan.
tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA.
tiada air mata yang kering tanpa diketahui-NYA.

Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,
Maka pujuk hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah...

Thursday, 26 April 2012

Femur Fracture ~

Bismillahirahmanirrahim =)
Tanggal 16/11/2011 satu kejadian yang tak diingini berlaku, jam 2.00 petang.
Akibat main paintball, jatuh. Ku sangka hanya terseliuh, sebab masa jatuh kaki terpelecok :"(
place kejadian pusat kokokurikulum Bukit Mertajam.
Ambulans datang, masuk jabatan kecemasan Hospital Bukit Mertajam.
Then xray or ct-scan tak ingatlah, doctor cakap kaki patah. Teruss mengalir airmataa. Aku tabah mendengarnya. Seolah-olah tiada apa yang berlaku kerana aku rasa biasa, mybe terlalu awal, rupanya take time T_T
be strong Saff.
Allah tidak akan menguji hambanya kalau dia tak mampu, so means aku mampu !! fight2.
Mujahadah itu perlu, if not syaitan being cheated. 

Malam pulak naik ambulans lagi, ke hospital Seberang Jaya. Ya Allah betapa sakitnya kaki ini. Allah saja yang mengetahui, mybe kafarah dosa juga. Selama ini terlalu banyak dosa.. Allah ampuni daku.

Seminggu di hospital bagaikan orang tak tentu arah, hilang tujuan. Allahu rabbi. Counting day by day bila lah nak operation, tulang dalam dah kebas, sapu macam2 ubat. Tulang dah masuk angin,. Hari yang dinanti2, telah tiba dan secara tiba2 doctor cakap pagi ni operation. Terkejutt. Nasib baik adila teman semalaman, and then kena puasa 6 jam. Hehe, selama aku duduk di hospital bukan makan sangat punn, tak lalu, yang tukang perabihh adalah pelawat2. HAHA, mcam dorg yang sakit. Adila thanks byk2 teman saya. Sayang awak baby. *gelaran nama dia.

22/11/2011
Hari operation telah tibaaa. excited, badan terketar-ketar masuk bilik bedah. 4 jam dalam bilik bedah. Pukul 12.30 kuar bilik bedah. Long timeee.

23/11/2011
Fisioterapi. Adehh, badan terlalu lemah lagi, dah fisio. Tensionn. Doctor cakap boleh discharge hari ni. Yeayyy, Alhamdulillah. Tak sabar nak balik rumah.. Sebulan tak mandi!!!!! ape korang rasa, mesti rimas kan. Tapi ujian Allah itu sangat manis.

Hari seterusnya bulan2 pergi appoinment dengan doctor, buat xray. And now 27/4/2012 Alhamdulillah, boleh jalan lebih kurang 3 minggu dah. Syukur.

Counting day, need to second operation. Scared..Tawakkaltu a'allah.
Sekiann. Secebis pengharapan dari Ilahi, be strong.

     branula, tempat cucuk untuk masukkan air dalam badan.

                                                                                   contoh tulang paha kiri yang patah.
                                                            
                                                                       filem xray ke4, nampak besi takk? =)

Syukran kathir kepada kawan-kawan, dan cikgu-cikgu kerana sudia bacakan yasin untuk saya dan terima kasih datang melawat. Moga Allah balas kebaikan kamu semua.
To my parents terima banyak2 habiskan duit kat hospital banyakkan, termasuk kos operation.
I love u mom and dad !!

Sahabatku, ann, dila, aziah, zarifah, nazirah, fati amira, syahirah, su, ain umai, aiman, ain syu, kak lang, dan kesemuanyaaaa. TERIMA KASIH SGT2. sayang korg, infinity =)
moga ukhwah kita diredhai Allah.

Dari hamba Allah yang dhaif.

Wednesday, 25 April 2012

my school ~

DMW. Huhh?? What's that? Many people always called BMW. LOL!! HAHA.
 SMA Daeratul  Maarifil Wataniah 1. Enough.
 even first jejak rasa tak adventure laa sekolah agama nih. Hmm. Dah masuk beberapa bulan baru dapat menyesuaikan diri. ^^
Alhamdulillah, sekolah agama sangat seronok. Tak semua orang dapat tarbiah yang elok, bagi saya disitulah segala-galanya. If i learn at SMK, of course im so baddd. Syukur, disini segala-galanya dapat aku pelajari. Tarbiah dari Allah itu terlalu mahal, ibara kaca permata. Syukran kepada cikgu2, sahabat2 semua. Moga ukhwah kita berpanjangan.
3 Januari 2006 until November 2011. (1-6)
And now i wish, i miss my school. Alam universiti nanti tak sama dgn alam sekolah. So, appericeate it ! =)




# Bangunan sekolahku :D

VILLAGE -_-

Assalamualaikum. long time tak balik kampung, dah 3 tahun tak raya di sana. InsyaAllah, 2012 ni raya kat sana =) sejak arwah pakteh meninggal, semua tak balik kampung. why? i dont know why. HAHA. since raya cina, kteorg bertungkus lumus buat kerja pembaikan pulih rumah tok. tukar bumbung n others. penatttt. tapi seronok =) even bukan aku yang buat kerja, almaklum lah kaki patah, jadi bos directer. mengarah orang, hehe, takde aih. okayyy, just wait until this julai. thanks bebanyak to makteh family's. IMRAN & LUQMAN.
                       
                                                           part before clean and tidy. just simple home, but the very biggest =)


                                             
                                         

                                                     
                                                                                             part after =)
                                           
                                     




hai teddy =)

 okayyyyy. sudah penat berleter. hehe, just wait and see for next picture.  insyaAllah siap segalanya, akan diadakan kenduri tahlil. kbhai. Assalamualaikum.