Wednesday 9 May 2012

QUM FAANZIR YA SHABAB !

Assalamualaikum.
Just wanna share the hot topic in social networking.
Dari pandangan mata kaca saya, ramai asyik 'bercerita' bout cintan-cintun.
Yes! Surely, saya muak mendengarnya. Asyik2 cinta.. Saya sayang awak, i love u..
Ohh, fahamilah wahai pemuda2. Kita adalah generasi pemangkin masa hadapan. Jangan biarkan negara kita diporak peranda oleh kaum asing. Qum Faanzir ya Shabab! Dimana kamu semua pemuda? Masih lena? Atau mungkin masih bahang dengan hangatnya cinta asmara??

Saya sangat sedih bila melihat orang Islam masih lena dibuai mimpi. Mana janji kamu sebagai orang Islam? Adakah hanya di mulut dan juga kad pengenalan?? MasyaAllah..

Buat renungan sejenak, mari kita muhasabah diri kembali.

pemuda perlu jelas matlamat.
pemuda yang berani ialah pemuda yang yakin pada Allah SWT.
pemuda yang berani ialah pemuda tidak takut kepada makhluk dan hanya takut pada keKuasaan Allah SWT.
pemuda yang berani ialah pemuda yang sayang Rasulullah SAW iaitu meneruskan mata rantai perjuangan da'wah Islam
pemuda yang berani ialah pemuda yang yakin dan beramal dengan alQuran dan Sunah
pemuda yang berani ialah pemuda yang berilmu dan faham konsep hak kebebasan.
pemuda yang berani ialah pemuda yang tidak memberi alasan dalam menegakkan kebenaran dan syariat Allah SWT.
pemuda yang berani ialah pemuda yang buat dan menyuruh kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran
pemuda yang berani ialah pemuda yang meninggalkan segala larangan Allah dan membuat segala apa yang disuruh oleh Allah SWT,
jadi, matlamat pemuda yang berani ialah untuk mendapat keredhaan dan ketaqwaan pada Allah SWT.

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka. (18:13)

Ayuh pemuda!
Tinggalkan mazmumah-mazmumah membelenggu dirimu
Buang segala karat-karat jahiliyyah
Bangunkan semula jiwa pahlawanmu
Sejahterakan hati-hatimu
Usir segala kemahuan duniamu
Bangkit bersamaku mara ke medan perjuangan
Usah gusar onak duri dan ranjau
Mara dan terus mara
Tanpa menoleh kebelakang walau sedikit sekalipun!
Allahuakbar!

Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai. (3:126)





No comments:

Post a Comment