Tuesday, 13 November 2012




Di sana ada irama
Siulan cengkerik, deruan samudera
Menemani hati yang masih mencari
Dalam gelap meraba
Bersuluhkan sinaran rembulan
Sudah kucuba pautkan jiwa padaNya
Menggagahkan diri menafikan rasa
Adakala aku berdiri persis laksamana
Adapun tiba masa jasad rebah, hilang maya
Cuba lagi, aku terus berpaut
Cuma kali ini berbeza, pautanku lebih kemas
Tidak, aku berpaut seperti biasa,
Yang terbeza, tangan-tangan yang menghulur
Tali tali ukhuwah yang datang menyapa
Singgah bukan sekadar bersua
Tapi singgah untuk merubah
Kali ini bukan aku, tapi kami berpaut
Jatuh bangun bersama dan terus mencuba
Hati-hati ini masih mencari
Cuma yang menyinar sang suria
Di sini ada irama, indah
Kami berjanji melaung suara
Pimpin tangan bersama
Pautkan jiwa padaNya

Dari Abu Musa r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang mukmin terhadap yang lain adalah seperti satu bangunan di mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain,” Dan beliau menjalinkan antara jari-jemarinya.”

(Muttafaqun ‘Alaih)