Monday 19 August 2013

Go Away.


Pergilah hati yang sayu jangan pernah engkau kembali.
Kerana hati jiwa memberontak. 

# Begitulah kita,
Bumi dan dunia ini, 
Takkan pernah rasa terlalu luas,
Jika Allah memang mengkehendaki dan mentakdirkan kita untuk bertemu.


Wednesday 24 July 2013

If One Day..

nanti,
Allah akan ganti ‘saya’,
dengan sesuatu yang lebih lebih baik.

mungkin bukan seseorang jugak.
mungkin Allah bagi nikmat lain.
rasa aman. rasa tenang. rasa damai.

mungkin Allah bagi pengalaman.
rasa syukur. rasa sabar.

mana boleh Allah ambik ‘saya’,
tanpa beri awak apa-apa.
Nanti, Allah beri ganti, yang lebih baik.
percaya.

Muslimah Itu...



Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.
Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.
Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.
Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.

Tuesday 5 March 2013

Manifestasi.


Berkapel bukan manifestasi cinta. Ia adalah manifestasi dusta.

Kerana berkapel merosakkan cinta.

Amalkan doa ini, untk tetapkan hati kita :)


Monday 4 March 2013

Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah, slamat smpai Malaysia =)
Arrived penang jam 11.00 malam, disebabkan last flightt. Xpe janji selamat sampai.
Waaaa, dah lame x update blog, berhabuk dh niii. Huhu.




Tuesday 13 November 2012




Di sana ada irama
Siulan cengkerik, deruan samudera
Menemani hati yang masih mencari
Dalam gelap meraba
Bersuluhkan sinaran rembulan
Sudah kucuba pautkan jiwa padaNya
Menggagahkan diri menafikan rasa
Adakala aku berdiri persis laksamana
Adapun tiba masa jasad rebah, hilang maya
Cuba lagi, aku terus berpaut
Cuma kali ini berbeza, pautanku lebih kemas
Tidak, aku berpaut seperti biasa,
Yang terbeza, tangan-tangan yang menghulur
Tali tali ukhuwah yang datang menyapa
Singgah bukan sekadar bersua
Tapi singgah untuk merubah
Kali ini bukan aku, tapi kami berpaut
Jatuh bangun bersama dan terus mencuba
Hati-hati ini masih mencari
Cuma yang menyinar sang suria
Di sini ada irama, indah
Kami berjanji melaung suara
Pimpin tangan bersama
Pautkan jiwa padaNya

Dari Abu Musa r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang mukmin terhadap yang lain adalah seperti satu bangunan di mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain,” Dan beliau menjalinkan antara jari-jemarinya.”

(Muttafaqun ‘Alaih)

Friday 19 October 2012

THEM PART 2

Malaysian Student In Indonesia 2012/2013

Ikwah yang ku hormati, moga tetap teruskan perjuangan hingga ke liang lahad!











Edit by: Saff Yusoff