Setiap manusia pasti akan menghadapi liku-liku putaran hidup. Adakalanya kita berada megah di atas dan ada kalanya kita berduka di bawah. Kedua-duanya adalah ujian bagi kita sebagai hamba Allah, dan bagaimana kita menghadapi ujian itu.
Allah berfirman bermaksud:
Dialah yang sudah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat.
(Surah al-Mulk, ayat 2)
(Surah al-Mulk, ayat 2)
Ujian daripada Allah meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka. Malah, ujian bagi hamba-Nya yang taat lebih hebat berbanding dengan mereka yang ingkar.
Rasulullah SAW pernah ditanya:
Ya Rasulullah, siapakah paling keras mendapatkan ujian? Baginda menjawab: Nabi dan pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat, maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah, maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan.
(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
Justeru, segala ujian daripada Allah harus ditempuh dengan penuh kesabaran supaya ia dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya.
Firman Allah bermaksud:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 157)
Mengapa kita mudah lemah? Sedang kita punya Allah. Apa jua keadaan, kita perlu untuk tetap menghadapinya. Perlu tabah, perlu sabar, perlu kuat. Maaf, post untuk kali ini masih berkisar akan kisahnya kita menghadapi dugaan. Dugaan itu kan sudah menjadi "makanan asasi" kita dalam menjalani kehidupan di bumi ini. Allah itu tak henti-henti menghantar tarbiyahNya. Allah hantarkan orang-orang yang mempunyai masalah yang lebih sukar dari masalah kita. See? Allah mahu ajar kita akan erti syukur. Allah sangat baik. Kan? Allah tak pernah tinggal kita. Akan ada saja peringatan dariNya. Tahu tak itu tandanya Allah sayang kita?
Hidup kita letaknya ditangan Allah. Jadi setiap takdir yang tersingkap itu sememangnya adalah yang terbaik buat kita. Allah kirimkan sahabat-sahabat ana yang mempunyai masalah yang lebih sukar dari ana. Masalah hati. Hati ini kecil kan? Tapi sangat besar amanah dan tanggungjawab untuk menjaganya. Kalau hati rosak, maka rosaklah semuanya. Takut, bimbang andai hati diuji. Sedih atau berduka kita tetap kena ucapkan alhamdulillah sebab Allah masih beri peluang hidup untuk ciptakan kegembiraan lain. :')
Jaga hati, jaga iman, jaga hubungan dengan Allah. Moga Allah redha. InsyaAllah. :')
CeritaHati : Hargai insan-insan yang Allah hadirkan dalam hidup kita. Walaupun hadirnya mereka seketika, namun ada cerita dan tarbiyah yang Allah nak kita singkapi. Sayang semua kerana Allah :')
No comments:
Post a Comment