Wa Makaru Wamakarallah , Wallahu Khoirul Makirin
Allah merancang kita juga merancang, sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t :")
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216)
Perancangan Allah mengatasi perancangan manusia. Kalamullah Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun) kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (AT-Takwir : 29)
Manusia mampu merancang perjalanan kehidupan mereka. Setiap perancangan disusuli dengan usaha dan harapan untuk mencapai matlamat tersebut. Manusia hanya mampu merancang dan Allah s.w.t. sahaja yang berhak menentukan segala perkara yang menjadi ketentuan-Nya.
Manusia mampu merancang perjalanan kehidupan mereka. Setiap perancangan disusuli dengan usaha dan harapan untuk mencapai matlamat tersebut. Manusia hanya mampu merancang dan Allah s.w.t. sahaja yang berhak menentukan segala perkara yang menjadi ketentuan-Nya.
Sebagai orang yang beriman, kita hendaklah menaruh sangkaan baik kepada Allah s.w.t. kerana Dialah Tuhan yang Maha Mencipta dan Maha Mengetahui segala yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sudah tentu ada hikmah yang tidak diketahui oleh manusia di sebalik setiap kejadian. Setelah mendapat hasil daripada usaha yang dirancangkan, kita tidak seharusnya mendabik dada, malah kita hendaklah sentiasa meningkatkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t. Begitu juga sebaliknya jika tidak mencapai sasaran perancangan, usahlah bersikap putus asa dan kecewa. Semuanya adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. untuk menguji hamba-Nya.
Akhir kalam----> Kehendak dan kuasa manusia adalah anugerah Allah s.w.t. Namun begitu, bukan semua kehendak dan kemahuan manusia boleh dicapai walaupun melalui perancangan rapi. Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Berkuasa atas tiap-tiap perancangan manusia.
No comments:
Post a Comment