Friday, 19 October 2012

THEM PART 2

Malaysian Student In Indonesia 2012/2013

Ikwah yang ku hormati, moga tetap teruskan perjuangan hingga ke liang lahad!











Edit by: Saff Yusoff

THEM PART 1

Malaysian Student in Indonesia  2012/2013

Akhwat yang kusayangi kerana Allah. Moga sahabat2 semua teguh iman dalam berjuang!


Edit by: Saff Yusoff



Nawaitu.

Salam perantauan buat sahabat-sahabat semua =)
Rindu makin membuak2 teringat akan tanah air, Malaysia yang kucintai! Hehe.
Dah lama x update blog,  ibarat ape yaaa..??

Ok, let me start.
28-08-2012, SELASA
 kitorang berangkat ke sini (Indonesia)

Pengalaman menbuatkan kita lebih matang dalam menghadapi situasi dan cabaran liku-liku kehidupan.
Bak kate pepatah, EXPERIENCE IS NOT TO GET FROM ONLY ONE PLACE!

Thats why, nabi pun berhijrah, maka kita sebagai umatnya, cubalah berhijrah. Faham seniri ye!
Niat yang penting, apa tujuan kita berhijrah? 

Dalam hadis yang berbunyi:
  
Daripada Umar R.A katanya,Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"sesungguhnya sesuatu perkara itu bergantung kepada niat,bagi seseorang apa yang diniatknnya. Jika hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan RasulNya.Jika hijrahnya adalah kerana duniawi, atau kerana wanita yg ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang diinginkan."


Maka barangsiapa yang salah niatnya, jom kita perbaharui =)

Kita akan dapat berdasarkan apa yang kita niatkan, kalau kita niat kerana Allah dan Rasul maka segala yang kita kerjakan itu pasti kita akan diberkati. Kalau kita niat kerana dunia semata-mata hanya dunia ini jelah yang kita peroleh! Peace ^_^ (pandai2 lah fikir, kita dah makin tua, bukan makin muda)

Niat baik + perbuatan baik = ganjaran berganda!

*Nawaitu itu penting.




Wednesday, 20 June 2012



Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That precious messed up false me and you

Wednesday, 6 June 2012

Dan, kerana Allah, bersabarlah.


Dan, kerana Allah, bersabarlah.
Walaupun itu sangat melukai hatimu,
dan kerana Allah,
bersabarlah…

walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah,
dan kerana Allah,
bersabarlah…

bila ada hal membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
namun kerana percaya pada Allah, maka bersabarlah.
.dan kerana yakin pada Allah,
maka bersabarlah…
dan kerana Allah, maka bersabarlah..

tiada ketentuan yang sia-sia.tiada ujian yang melebihi kemampuan.
tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA.
tiada air mata yang kering tanpa diketahui-NYA.
Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,
Maka pujuk hatimu dengan kalimah,
,dan kerana Allah,
bersabarlah…

Thursday, 24 May 2012

BATAS BERGURAU SENDA ~


Dari : Riwayat Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !"

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Wallahualam.